4.3.1 UNDANG – UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN
Ø Undang-undang
utama Persekutuan dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas
Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah
setakat yang tidak selaras tersebut.
Ø Kesahan mana-mana undang-undang tidak boleh
dipersoalkan atas alasan bahawa :
vmengenakan sekatan-sekatan keatas
hak yang disebut dalam Perkara 9 (2) tetapi tidak berhubungan dengan
perkara-perkarayang disebut dalam Perkara itu .
vmengenakan mana-mana sekatan yang
tersebut dalam Perkara 10 (2) tetapi sekatan-sekatan itu tidak disifatkan perlu
atau suai manfaat oleh Parlimen bagi maksud-maksud yang disebut dalam Perkara
itu .
vKesahan mana-mana undang-undang yang
dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan mana-mana negeri tidak boleh
dipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itunmembuat peruntukan berkenaan
dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengan Parlimen atau mengikut mana-mana
yang berkenaan,Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat
undang-undang kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa
undang-undang itu adalah tidak sah atas alasan itu .
Atau
vJika undang-undangitu telah dibuat
oleh oleh Parlimen, dalam prosiding antara Persekutuan dengan satu atau
beberapa buah negeri.
vJika undang-undang itu telah dibuat
oleh Badan Perundangan sesuatu negeri, dalam prosiding antara Persekutuan dengan negeri itu.
Ø Prosiding
untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah atas
alasan yang disebut dalam Fasal (3) tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran Hakim
Mahkamah Persekutuan dan Persekutuan berhak menjadi satu pihak dalam mana-mana
prosiding itu,dan begitu juga dengan mana-mana negeri yang akan atau mungkin
menjadi satu pihak dalam prosiding yang dibawa bagi maksud yang sama di bawah
perenggan (a) atau (b) Fasal itu.
No comments:
Post a Comment