Tuesday, 30 September 2014

                 Kesimpulan
  Penggubalan Perlembagaan Malaysia telah melalui proses yang panjang dan hal ini menunjukkan bahawa Perlembagaan ialah perkara yang penting bagi sesebuah Negara berdaulat. Perlembagaan juga merupakan undang-undang tertulis yang tertinggi dalam Negara mengatasi badan-badan pemerintahan yang lain seperti YDPA, Parlimen dan kabinet. Pembentukkan Perlembagaan sehingga kini menjadi asa kepada perpaduan negara Malaysia.

        Sebagai seorang wargenegara Malaysia, kita perlulah mempelajari dan mengetahui undang-undang yang diguna pakai di dalam negara. Hal ini kerana segala tindak-tanduknya akan diadili oleh undang-undang. Setiap warganegara Malaysia tidak patut mempersoalkan pekara-pekara yang termaktub dalam Perlembagaan negara supaya tidak menjejaskan kedaulatan. Setiap warganegara Malaysia mendapat tempat dalam Perlembagaan Negara. Tidak kira bangsa dan agama sekalipun, mereka mempunyai kedudukan dan keistimewaan tersendiri. Oleh itu, Perlembagaan haruslah dipelihara dan dipatuhi.

No comments:

Post a Comment