Tuesday, 30 September 2014






Ø Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 183 Perkara: 
vKebebasan asasi
vKuasa dan kedudukan YDPA
vSoal bahasa Melayu
vKeistimewaan raja-raja  Melayu dan hak orang  Melayu
vAgama  &  Kehakiman

vKewarganegaraan 

Ø              Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia
v Melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan
vMempunyai raja berperlembagaan
vMengamalkan sistem demokrasi berparlimen
vAgama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan
vMemperuntukan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan












      PERLEMBAGAAN
              NEGERI


Ø Perlembagaan Malaysia yang terbentuk ialah hasil daripada perkongsian antara negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia.
Ø Perkara 71(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin hak raja sesebuah negeri untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan negeri mengikut Perlembagaan negeri .
Ø Perkara 71(3)Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang supaya peruntukan dipatuhi .
Ø Dalam Jadual Kelapan, terdapat dua peruntukan utama  :
q  Bahagian  (1)  - Peruntukan  tetap  dan
                                       peruntukan kewangan
q  Bahagian (11)  - Peruntukan sementara
Ø Kebanyakan negeri Melayu mengikut peruntukan      tetap   :
vRaja / Yang Dipertua Negeri
v  Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
v  Pihak Berkuasa Perundangan Negeri
v  Dewan Undangan Negeri
vPerlembagaan Persekutuan memperuntukan perhubungan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.

Terdapat tujuh bab :
a.   Pembahagian kuasa-kuasa perundangan
b.  Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah
c.   Pembahagian beban kewangan
d.  Tanah
e.   Pembangunan negara
f.      Agihan persekutuan kepada negeri
g.     Majlis Negara bagi kerajaan tempatan 
Pindaan Perlembagaan Negeri
Ø Peruntukan – peruntukan Perlembangan Negeri boleh dipinda oleh undang-undang negeri, tetapi tidak boleh dipinda dengan cara lain.
Ø Antara peruntukan Perlembagaan Negeri yang tidak boleh dipinda :
vWarisan takhta kerajaan
vKedudukan para pembesar Melayu

Ø    Sesuatu rang undang-undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Negeri selain :
vApa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undng-undang yang memperuntukkan bilangan ahli yang dilantik bagi badan perundangan negeri.
vApa-apa pindaan yang akan menyelaraskan Perlembagaan Negeri dengan mana-mana peruntukan perlu yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Ø Sesetengah Perlembagaan Negeri memerlukan persetujuan daripada kumpulan orang tertentu terhadap pindaan mengenai : 
vPerlantikan dan sifat-sifat waris takhta , permaisuri raja atau pemangku raja atau ahli-ahli Jemaah Pemangku Raja Negeri.
vPemecatan, penarikan diri, penurunan takhta raja atau waris- warisnya.
vPelantikan dan sifat-sifat para pembesar memerintah atau para pembesar adat Melayu dan ahli-ahli Majlis Penasihat mengenai agama atau  adat  dan badan  seumpamanya.
v   Hal bagi mengadakan, mengatur, mengesah dan melucutkan pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran dan kurniaan adat Melayu dan mengadakan peraturan mengenai balai diraja dan istana.


                 Kesimpulan
  Penggubalan Perlembagaan Malaysia telah melalui proses yang panjang dan hal ini menunjukkan bahawa Perlembagaan ialah perkara yang penting bagi sesebuah Negara berdaulat. Perlembagaan juga merupakan undang-undang tertulis yang tertinggi dalam Negara mengatasi badan-badan pemerintahan yang lain seperti YDPA, Parlimen dan kabinet. Pembentukkan Perlembagaan sehingga kini menjadi asa kepada perpaduan negara Malaysia.

        Sebagai seorang wargenegara Malaysia, kita perlulah mempelajari dan mengetahui undang-undang yang diguna pakai di dalam negara. Hal ini kerana segala tindak-tanduknya akan diadili oleh undang-undang. Setiap warganegara Malaysia tidak patut mempersoalkan pekara-pekara yang termaktub dalam Perlembagaan negara supaya tidak menjejaskan kedaulatan. Setiap warganegara Malaysia mendapat tempat dalam Perlembagaan Negara. Tidak kira bangsa dan agama sekalipun, mereka mempunyai kedudukan dan keistimewaan tersendiri. Oleh itu, Perlembagaan haruslah dipelihara dan dipatuhi.